5.1.12

KENAPA ANDA MESTI GUNAKAN CLOTH DIAPER

Mengapa saya memakai Cloth Diaper untuk anak anak saya

1. Cloth Diaper juga sangat menjimatkan! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan Disposable Diaper (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda??


2. Pemakaian Cloth Diaper juga membantu bayi anda lebih sihat. Ini kerana, Cloth diaper diperbuat daripada kain Cotton. Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya.

3. Dengan memakai cloth diaper juga, kurang berlaku ruam dan gatal. Sebabnya tidak lagi berlaku tindak balas bahan kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku. Terdapat kristal-kristal kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit.

Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

4. Alam persekitaran kita juga akan lebih terjaga dan terpelihara. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu Disposable Diaper hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam. Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ? Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu?

Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??

Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang

- Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
- Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
- Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
- Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
- Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah


No comments:

Post a Comment

Selamat Datang