25.2.12

Cloth Diapers FAQ 2 : kalau anak buang air besar macam mana?

Untuk FAQ bahagian 2 khusus di tumpukan pada soalan berikut :


Kalau anak buang air besar macam mana?

Kalau anak buang air besar / ada poo-poo . Bersihkan la dulu poo-poo tu. Harap-harap teman-teman takdak la rasa apa lak. Just poo baby kita. Takkan geli kot. Pancut je air pada cloth diaper tadi dalam lubang toilet. Terus masuk lubang toi tu, kemudian boleh terus basuh macam biasa. Boleh tengok sabun yang sesuai di cerita sabun basuh Cloth diaper .

Ada juga yang guna Flushable Nappy Liner sebab senang kalau baby buang air besar boleh terus flush saja liner dalam lubang toi tu. Jimat masa dan selamat untuk tandas.. Sebab kalau guna liner selalunya poo tiada kesan pada cloth diaper atau kalu ade pun sedikit je. Boleh basuh macam biasa.

Ada juga yang guna disposable liner. Yang ni pancutkan air gak pada liner tu dulu sebab nak buang poo. Baru liner dibakul sampahkan. Kalau tak sembur poo tadi alamak berbau la pulak tong sampah. kalau tong sampah dalam rumah? Tak ke haru jadinya..

Ok, selamat ber ' cloth diapers' .

21.2.12

Isu-isu berkenaan Cloth Diaper

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain/Cloth Diaper dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain/ cloth diaper ini. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain yang lembut?


Isu Kesihatan Lampin Pakai Buang : mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.
* Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih.

Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara.*Maklumat lanjut tentang kesan dioxin di sini dan maklumat kesan lain ke atas manusia dan Environmental toxicology di sini

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman.
Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Untuk orang dewasa pun berbahaya,apatah lagi kanak-kanak dan bayi!
Pernah dengar tagline Dispo-diapers: "Bayi lebih kering semalaman dengan lebih bahan kimia berbahaya di dalamnya! "

* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
Kita hairan kenapa bayi sekarang tidak menentu emosi & fizikal ( sebab terganggu hormonnya) , dan semakin mudah sakit (lemah sistem imun- daya tahan penyakit), tetapi tidak mencari sebabnya..

Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991.

Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.

Sebab-sebab yang menyebabkan ruam lampin adalah :
1. Alahan -alahan kepada bahan kimia? Mestilah! bahan kimia mungkin tidak berbahaya jika sedikit, seperti juga dadah dalam bidang perubatan.Tetapi, kalau dah hari-hari 24 jam exposed to DANGEROUS CHEMICAL, sendiri mau ingat laa..

2. Kekurangan pengudaraan di dalam lampin & kepanasan - pernah tak anda buka dispo diapers anak anda dan anda tengok punggung dan belakangnya berpeluh? Agak-agak, sejuk macam aircond kah dispo diapers itu,hari-hari pulak tu..isk...saya rimas & kesian..

3.Bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

~ Pernah pakai baju basah peluh,atau baju terkena busuk hancing kencing anak anda berjam-jam?Tak suka? Bagaimana lah anak anda yang kecil itu nak beritahu anda yang dia tidak suka?..anda perlu lebih memahami dia..


Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah) & Mandul.
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum (buah zakar bayi lelaki anda!) dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang!.


Isu Alam Sekitar
Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.Pernah tak buang sampah 3 hari? sampah apa paling banyak?

Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.


Apakah alternatif pada semua ini.. Kami akan kongsikan pada post akan datang.

16.2.12

Cloth Diaper Brand Baby Wizard.

Stay dry inner,

Adjustable
covered insert opening
TPU - waterproof outer fabric
Cover less plasticky than PUL
water proof insert stopper

Warranty - 1 tahun

Dapatkan promosi Cloth Diaper Brand Baby Wizard. Belian 1-3 unit dengan harga borong 4-9 unit. Lawat page cloth diaper kami untuk detail. >> http://www.facebook.com/CuteClothDiaper




13.2.12

Cloth Diapers FAQ 1

Question - Sebelum pakai Cloth Diaper kena basuh dulu atau tidak perlu?
Answer -
Sebelum pakai Cloth Diaper baru, kena prewash sebelum guna..basuh tanpa sabun, jemur dan keringkan. buat sampai 3 kali..


Question -
Insert dalam Cloth diaper tu kita boleh pakai berapa lama?
Answer -
Insert Cloth diaper tu jarang rosak . Selalunya, lagi lama, lagi bagus serapan. yang mudah rosak adalah jenis bamboo atau other natural fiber lain...sebab kena teliti sikit penjagaan dia, kena betul-betul kering.

Question -
kalau anak saya umur setahun boleh pakai cloth diaper lagi tak?
Answer - standard size Cloth Diaper yg one size ngan button (macam babyland, coolababy dan banyak lagi brand lain) boleh muat baby dari 3-18kg


Tambahan :
Cloth Diaper ni terdiri dari 3 komponen
1. Lapisan atas sekali yang bersentuh dengan kulit baby tu. Material selalunya dari fleece, micro fleece atau microsuade. 3 jenis kain ni kalau kena kencing, dia menyerap, then lepaskan ke sebelah sana, pastu dia kering
2. Insert/soaker/absorber. yang 4 segi diletakkan ke dalam Cloth Diaper tu. Itulah yang menyerap dan menyimpan basahan. selalunya dari microfibre (yang famous), ada juga dari hemp, bamboo dan lain-lain lagi
3. lapisan paling luar, yang corak-corak tu. tu selalunya dari material yg waterproof. PUL dan sebagainya

3.2.12

Cara Pakai Cloth Diaper



Ini adalah cara untuk pakai One Size Pocket Diaper
Hanya 3 langkah:
1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby
Untuk penggunaan kali pertama saja anda perlu 'adjust' dulu saiz CD, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2).... dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar sahaja macam tu)... Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan
untuk malam bolehlah gunakan 2 insert.
Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar ).

























Anda juga boleh lihat gambar real yang saya tangkap sendiri ini..enjoy ya...
Cloth diaper yang baru dibeli


































1) Buka Cloth Diaper seperti ini


2)masukkan dengan kemas kedalam poket lampin moden,pastikan kemas.



3) Masukkan 1 soaker untuk penggunaan hari siang dan 2 soaker waktu malam. Namun begitu. ia masih bergantung kepada kekerapan air kencing anak anda
4) Kemudian butangkan CD mengikut saiz anak anda , dibawah adalah gambar2 saiz CD







Terima kasih pada http://happy-clothdiapering.blogspot.com atas perkongsian ini.

2.2.12

Tips Agar Cloth Diapers Tahan Lama

Katanya menggunakan Cloth Diapers itu menjimatkan. Katanya juga Cloth Diapers (terutama jenis “One-Size”) boleh digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah 3 tahun. Kemudian, boleh pula digunakan untuk anak-anak kita yang seterusnya.Adakah ini benar?

Sebenarnya kita perlu ikutkan logik juga. Contohnya, jika kita hanya mempunyai beberapa helai Cloth Diapers, tidak menjaganya dengan betul, jangan terlalu berharap agar ianya tahan sebegitu lama.

Di sini saya akan mengutarakan tips untuk mengekalkan kualiti dan jangka hayat Cloth Diapers anda.

Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?

LAKUKAN YANG BERIKUT:

  • Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  • Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Walaubagaimanapun velcro adalah lebih mudah diganti berbanding snap button .Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  • Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan mungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  • Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  • Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
  • Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
  • Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
  • Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
  • Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab” sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
  • Jemurlah Cloth Diapers di bawah matahari – jimat masa, elektrik dan juga sesuai untuk mengekalkan kualiti nya!


JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!

  • Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  • Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  • Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  • Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  • Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyebabkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).


Cloth Diapers itu suatu pelaburan (investment), bukan? Setelah menelaah, melakukan kaji selidik, dan melakukan proses pembelian, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari wang yang kita laburkan pada Cloth Diapers, betul tak?

Namun begitu, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa Cloth Diapers yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun…
Saya berharap tips yang saya utarakan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk ber-Cloth Diaper dengan bijak dan pintar! :)


Selamat Datang